~Selamat Datang Ke Laman Usrati Hatiku~Mengungkap Seribu Kenangan Ukhwah Fillah ~Menyatukan Hati Yang Tersayang ~

Friday, January 6, 2012

Cendol oh Cendol

Cendol merupakan satu minuman yang rata2 digemari oleh ramai orang terutamanya cendol yang terdapat di kawasan pinggiran UNITEN,Serdang.Tapi hak ni bukan nak cerita pasal cendol uniten tapi nak cerita tentang satu senario yang baru berlaku petang tadi ketika Aku & dua lagi kwan aku makan cendol di Cafetaria DPP Petronas,UUM.
Nak dijadikan cerita,dalam cendol tu ada jagung manis,kidney peas,cendol n buah kabung/buah dari pokok nira..Hampir tersembur aku dan daus apabila salah seorang sahabat ktorg bgth yang buah kabung yang di makan itu adalah pulut dan bukannnya buah...Terbahak-bahak kami tergelak bila mendengar Statement Shah tadi..Walau diterangkan namun,dia masih karas mengatakan bahawa itu adalah pulut..hhahaha

**Hilang tension study bila da lawak2 yang xdisangka2 muncul...

Tuesday, January 3, 2012

Cinta Datang Dan Pergi

Cinta Datang dan Pergi....
Ya,memang benar cinta datang dan pergi takala kita masih menagih cinta yang sejati,ia hadir dan pergi tanpa disedari.Ramai yang tidak menyedari apabila pada zaman yang serba moden ini,cinta bagaikan satu trend para remaja untuk lepaskan perasaan sayang yang sementara kepada kaum yang berlainan jantina.Cinta tersebut di anggap cinta Monyet oleh sesetengah orang yang mana ketika bercinta,semuanya manis dan tika di undang masalah,ia akan menjadi parah dan akan memberi impak yang begitu tinggi kepada fokus pengajian.Hal ini adalah berdasarkan pengalaman mahasiswa2 di kebanyakkan IPTA yang mana,berakhir dengan kekecewaan dan keputusan pengajian hanya diperingkat second level dan bukannya first degree...

Cinta Itu Indah,
Ianya indah jika disinari dengan sinaran rahmat dan barakah melalui jalan2 yang diredhai.
Namun,elakkan mencintai seseorang yang berhati batu kerana pada mereka,cinta adalah satu perkara yang sia-sia walaupun pada dasarnya cinta itu suatu anugerah lahiriah yang di tetapkan oleh maha pencipta.Terkadang,isu hati ini menjadi satu pandangan yang begitu enteng oleh sesetengah orang sehinggakan sanggup mempermainkan perasaan orang lain.Ini lebih parah lagi apabila hal berkaitan agama selalu dijadikan alasan.Bak kata para ulama' ,Fahamilah agamamu dan bukan menjumukkan nya namun ingatlah batasan dalam setiap pergaulan....

Cinta Hakiki Kekal Abadi...
Cinta yang dicari2 oleh ramai orang yakni cinta Illahi...Cinta Allah begitu agung,Cinta yang xkan pernah pudar dari kamus hidup insan bernama Khalifah Allah SWT..Namun,harus kita ingat,dalam mengejar cinta Allah,cinta duniawi juga perlu tapi biarlah pada kuantiti yang ditetapkan dan jangan juga difanatik kan sehingga lupa bahawa akan tiba hari penentu buat seluruh makhluk..

"Cinta Itu Indah,Tapi jangan kerana Cinta Dunia Kamu Leka Dalam Mencintai Pencipta dan Dalam Mencari Cinta Akhirat" :: Padaku :: "Cinta Dunia adalah Cinta Pada Kedua Ibu Bapa dan Saudara/Adik Beradik yang lebih utama,letakkan cinta si dia kemudian kerana keluarga adalah segala2nya"

Monday, January 2, 2012

Ku Rindukan Mu

Cinta,kasih Sayang,suka & duka adalah perkara yang sangat subjektif.
Kerana ia sangat umum pada ramai insan...Mungkin ramai yang tahu bahawa,setiap makhluk yang bergelar manusia/khalifah di muka bumi ini tidak akan dapat lari dari perasaan Cinta dan Kasih Sayang.Manakan tidaknya,kasih sayang kita semua mula berputik takala di lahirkan dari rahim seorang wanita bergelar ibu.Ibu adalah seseorang yang sanggup bertarung/mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita seterusnya seseorang yang " mengabdikan diri " dan menyayangi kita sepenuh hati....Siang malam terjaga-jaga merawati,mengasuh,membesarkan dan melayan segala karenah kita di saat kita kecil sehingga mencapai alam dewasa.Kasih ibu tiada tandingan kerana kerana dia kita di sini..Mencintainya satu rahmat,jangan kita sesekali lupa akan jasanya.Secara peibadinya,aku sangat mencintai,menyayangi dan mengasihinya sepenuh hati...Inginku berikan waktu2 ku hidup ini sepenuhnya kepada ibu.Tiada yang dapatku berikan dan tiada apa yang dapat aku tukarkan untuk membayar segala kerja kerasnya menjaga,melayani karenah nakal ku,merawat ku,mengasihi dan menyayangi aku..Dia sentiasa bersamaku di setiap saat dan ketika tapi kini,aku sudah meningkat usia 23 tahun..aku tidak lagi dapat bersama nya kerana pengajianku membataskan segala2nya namun aku tetap terus menghubunginya saban hari tanpa rasa jemu hanya kerana ingin mendengar suara,melepaskan rindu di hati...xkira dalam suka @ duka,dia sentiasa mendengar luahan hati kecilku..padaku,tiada siapa yang semulia ibu..kasihnya ku bawa sampai ke penghujung hayatku dan jika dapatku ubah hidup ini,akan ku jaganya sampai bila2 dan tika dia sakit,ingin saja aku pindahkan pada diriku agar dia tidak akan terseksa dengan kesakitannya itu..IBU,AKU MERINDUIMU....
Di saat menduduki exam,engkau dihati...disaat cinta manusia berputik,engkau dirujuk,disaat masalah merundung hati engkau pendengarnya.....

Kata-Kata Hikmah

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit
(HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Tentang Cinta

Sahabat-sahabat,
Cinta itu fitrah. Betul x??? Bila Nabi Adam A.S dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita.Cinta itu suatu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.Dengan cinta,kita akan mampu merasai nikmat dikasihi dan disayangi..Dan tidak hairanlah cinta itu telah hadir sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi setelah Allah tiupkan pada hati & sanubari kita..Tapi cinta ini,perlu dididik agar cinta ini tidak terpesong ke arah cinta duniawi...Dalam masa yang sama,perlu di fahami "apa itu cinta"..

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang.


Halaqoh Cinta

Hati itu fikrahnya putih nan bersih,
Kan hitam ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali jernih,
Pertahankan Kesuciannya dalam HaLaQoH CiNtA..

"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah pada mereka yang berbekas pada jiwa mereka"(Surah An-Nisa' : 63 )


p/s:oleh yang demikian,ana harap antum semua sentiasalah dalam haloqoh kerana ia indah dan mampu menusuk jiwa serta memandu islah diri seorg mujahid/mujahidah

Elakkan Cinta Remaja

1.Tetap dan tegas pada prinsip yang ada pada diri
2.Meletakkan matlamat,misi serta visi yang jenis dalam hidup
3.Mengamalkan persahabatan yang erat dengan sahabat sejantina yang soleh
4.Sentiasa mendekatkan diri dengan usrah dan Majlis Ilmu
5.Mendekatkan diri dengan kekasih sejati yakni Allah SWT dalam ibadah serta kehidupan seharian.
6.Mengawal hawa nafsu serta darah remaja.