~Selamat Datang Ke Laman Usrati Hatiku~Mengungkap Seribu Kenangan Ukhwah Fillah ~Menyatukan Hati Yang Tersayang ~

Friday, January 6, 2012

Cendol oh Cendol

Cendol merupakan satu minuman yang rata2 digemari oleh ramai orang terutamanya cendol yang terdapat di kawasan pinggiran UNITEN,Serdang.Tapi hak ni bukan nak cerita pasal cendol uniten tapi nak cerita tentang satu senario yang baru berlaku petang tadi ketika Aku & dua lagi kwan aku makan cendol di Cafetaria DPP Petronas,UUM.
Nak dijadikan cerita,dalam cendol tu ada jagung manis,kidney peas,cendol n buah kabung/buah dari pokok nira..Hampir tersembur aku dan daus apabila salah seorang sahabat ktorg bgth yang buah kabung yang di makan itu adalah pulut dan bukannnya buah...Terbahak-bahak kami tergelak bila mendengar Statement Shah tadi..Walau diterangkan namun,dia masih karas mengatakan bahawa itu adalah pulut..hhahaha

**Hilang tension study bila da lawak2 yang xdisangka2 muncul...

0 comments:

Kata-Kata Hikmah

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit
(HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Tentang Cinta

Sahabat-sahabat,
Cinta itu fitrah. Betul x??? Bila Nabi Adam A.S dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita.Cinta itu suatu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.Dengan cinta,kita akan mampu merasai nikmat dikasihi dan disayangi..Dan tidak hairanlah cinta itu telah hadir sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi setelah Allah tiupkan pada hati & sanubari kita..Tapi cinta ini,perlu dididik agar cinta ini tidak terpesong ke arah cinta duniawi...Dalam masa yang sama,perlu di fahami "apa itu cinta"..

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang.


Halaqoh Cinta

Hati itu fikrahnya putih nan bersih,
Kan hitam ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali jernih,
Pertahankan Kesuciannya dalam HaLaQoH CiNtA..

"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah pada mereka yang berbekas pada jiwa mereka"(Surah An-Nisa' : 63 )


p/s:oleh yang demikian,ana harap antum semua sentiasalah dalam haloqoh kerana ia indah dan mampu menusuk jiwa serta memandu islah diri seorg mujahid/mujahidah

Elakkan Cinta Remaja

1.Tetap dan tegas pada prinsip yang ada pada diri
2.Meletakkan matlamat,misi serta visi yang jenis dalam hidup
3.Mengamalkan persahabatan yang erat dengan sahabat sejantina yang soleh
4.Sentiasa mendekatkan diri dengan usrah dan Majlis Ilmu
5.Mendekatkan diri dengan kekasih sejati yakni Allah SWT dalam ibadah serta kehidupan seharian.
6.Mengawal hawa nafsu serta darah remaja.